Saturday 30 April 2011

Senarai Hidup Yang Mustahil

Powerkan?
Lazimnya senarai hidup dibuat sebagai satu matlamat hidup. Sekarang aku menyongsangkan senarai hidup kepada senarai paling mengarut. Mungkin tidak mengarut bagi orang lain tapi mengarut bagi aku. Nak ke baca??

1 - Berenang di Sungai Amazon.. (xlogik!! Kena gigit kucing pon da kecoh, nanti kena gigit pirahna cmne?? dah la tak pandai berenang..)
2 - Letak itik kuning di Eiffel Tower (xde keje ke???..)
3 - Kaji kebudayaan primitif Congo (apekah!! budaya sendiri pon kelaut~~)
4 - Menjejakkan kaki di Ethiopio (kat mane tu??? mcm esklopedia?)
5 - Mendaki gunung Everest (Panjat tangga fakulti pon dan hilang napas!! sedar diri sikit~)
6 - Melanjutkan kerjaya dalam bidang perubatan dan penerokaan (Apakah?? kau tu budak Sains Komputer bai~)
7 - Bawak rumah ke Paradise Falls guna bellon (peniru~!!! tu cite UP!!)
8 - Mengusuri Sungai Jordan Dari Laut Galilee ke Laut Mati (eleh, jalan kaki dari Puduraya ke Masjid Jamek pon da penat.. ada hati~)
9 - Menyelam tanpa baju selam sedalam 40 kaki (tu bukan berenang tu tenggelam!!)
10 - Melancong menerusi Grand Canyon dengan jalan kaki (wahhh, macam movie 127 Hour..)
11 - Membaca Ensaiklopedia Britannica sampai habis (apakah??? baca 10 slide note pon da mengangtuk~~~)
12 - MENYERTAI MALAYSIA IDOL, ONE IN A MILLION, ATAUPUN MENTOR!!!! (hahaha, no komen)
13 - Jadi artis rakaman... :"> (eheheheh...)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...