Wednesday 25 May 2011

Tentang Jamban

Tarikh: 15/5/2011
Masa : 8:00PM
Situasi: Beli tiket bas Pahang South Union seat Vip berharga rm29.00(lebih kurang la). Perut rasa tak sedap macam ada "jelly" & "obor2" dalam perut. Bergegas pegi kedai serbaguna yang tuannya adalah Mamak. Capai air mineral color yang color hijau pastu cakap kat mamak tu "Kasi eno yang color biru.. dengan pil chekitiun". Gerak ke platform sambil buat air Eno. Minum dengan harapan "jelly" dan "obor2" beredar dari "taman obor2" tu.

Tarikh: Masih lagi 15hb
Masa : 9:55PM
Situasi: Dah bape jam tunggu bas. Perut da rasa menjengkelkan. Ok cari tandas, tandas kat hujung dunia. Sampai sana perut rasa nyaman. Ok xjadi. Kembali smla ke platform menunggu.

Tarikh: Masih lagi 15hb
Masa : 10:05PM
Situasi: Buang angin dari perut melalui sendawa buatan. Ok agak berhasil. Tiba-tiba.. OK rasa nak Ter~~ datang kembali. Mari serbu tandas. Kali ni dah tau ada tandas yang lebih dekat. Bayar 30sen, dan tinggal beg kat kaunter tu. Kasi buang "obor2" dalam perut. Perut kembali nyaman.

Tarikh: Masih lagi 15hb
Masa : 10:30PM
Situasi: Bas sampai, mari naik bas. lalalalalal, gembira je rasakan? "Oh, sejuknya bas ni.." bila rasa sejuk, perut rasa??? Perut pon kembali di penuhi "obor-obor" yang bermain-main riang. Keadaan masih lagi stabil tak begitu kronik.

Tarikh: 16/5/2011
Masa : 1:30AM
Situasi: Bas berenti rehat kat Yong Peng. Ada tandas Free kan??? cun, dah la Free terbaik dari tandas yang berbayar 30sen kat Larkin tadi tu. Sekarang kita mulakan tugasan membuang "obor-obor" untuk kali kedua. Tak cukup ngan "obor-obor" aku muntahkan dari mulut CHEESE BEGE MCD yang aku makan kat Larkin tadi. Oh. Rm10.50 ku... T-T. Bas pon gerak.

Tarikh: 16/5/2011
Masa : 2:30AM - 4:15AM
Situasi: Ingatkan cerah sampai ke petang rupanya, tidak.. Tak lama lepas bas gerak dari Yong Peng, perut main-main lagi. Dari sini la bermulanya aktiviti paling xtrim. wtf 3 Jam tahan nak Ter~~~. T-T Ada sekali bas berenti kat sebijik stesen minyak, tak pasti kat mane. Aku nak je cakap kat driver tu "Encik, saya nak ter~~ leh tggu kejap tak??" tapi aku tak teruskan niat tu. Aku prefer tahan je. Waa xnak susahkan penumpang lain. T-T. Sepanjang perjalanan ni aku doa "Cepat la sampai Temerloh. dah tak tahan ni.. tolong laju sikit bawak ye". Dalam otak da terbayang-bayang Jamban kat terminal termeloh tu. T-T

Tarikh: 16/5/2011
Masa : 4:15AM
Situasi: Boleh plak sampai kat Bandar Kerayong Polis buat sekatan jalan. Tak cukup ngan sekat, dia naik bas, check mat indonesia. SIOT PUNYA POLIS!! Tak tau ke aku sakit perut. Tu aku dalam hati da cirit-cirit carot-carot je si polis tu. *&^%^^&^%^&%*&(**U&^&%&%^&% semua kuar. Lama sikit bas pon gerak. Aku kembali berharap pasni da takde dugaan lain. T-T

Tarikh: 16/5/2011
Masa : 5:00AM
Situasi: Bas sampai Terminal Temerloh. Ye! Ye! dah sampai!! seronok tak terhingga. Meneruskan perjalanan ke Jamban. "OH NO!! JAMBAN ADA EMAS!" apakah, tandas kunci. Takut hilang EMAS ke ape?? FUck!! Perut da tak nak main tarik tali lagi. Mari teruskan usaha. Tiba-tiba dialog bertuah kuar dari mulut driver teksi. "Haa, pegi tandas dulu. Tandas lelaki tutup? Guna je tandas perempuan. Kita 1Malaysia" tu skrip dia aku ubah-ubah sikit. Sebenarnya dia cakap ngan mamat indonesia tapi aku macam dapat gading bertuah. Aku pon follow je la ape driver tu cakap. Aishhh, ada akak la dalam tandas tu. Ah lantak la tu, skrip kuar dari mulut aku "kak, maafkan saya masuk, maaf ye.." akak tu senyum. Akak tu nak salin sesuatu kot. Hehehe. Aku pon jalankan tanggungjawab aku terhadap perut dan _____. Nyaman sekali rasanya. Tugasan dah setel, tapi aku masih belum keluar dari Jamban tu. Aku dengar bunyi akak tu masih dalam tandas tu. Aku pon lepakkan diri. Bukan tujuan nak skodeng akak tu. Tapi biar akak tu belah dulu. sebab segan nak terserempak lagi. heheh.. Ok tapak kaki akak tu da hempap bumi dan keluar, aku pon kuar dari persembunyian yang dah dimintakizin awal-awal lagi.

Ok cite abis kat sini. Tapi sakit perut tu tak habis kat citu, Esoknye 17/5 baru la lega. T-T



...Teruskan Membaca!

Sunday 8 May 2011

Facebook dan page menjengkelkan

Sekmen bercerita hari ni. Hari ni nak tulis pasal Facebook dan page-page yang semakin menjengkelkan. Sebelum tu antara page & group yang aku pernah like:

  • My Resipi
  • I bet that UTM can get 10,000 fans before any other universities
  • 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower
  • Saya Benci MLM, Saya Suka Makan
  • Aku benci orang yang suka tag aku dengan gambar duit! Tak perlu! Aku bukannya mata duitan!
  • McDonald's Malaysia
  • Malinja Doner Kebab
  • Malaysiakini (BM Version)
  • Sistem Daftar Pengundi Baru Secara Online

Page-page dan aktiviti meng-tag page ni mula dengan skrip dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Memang aku tak nafikan skrip filem tu kelaka. Takde pulak aku rasa nak aplikasikan skrip tu dalam aktiviti harian lak. Tak kesah la samaada dalam Facebook atau YM. Lepas habis skrip-skrip HKLBR, sekarang keluar pulak page-page skrip/lawak dari Maharaja Lawak.


Adessss, aku selalu jugak kat komen tu meng-tag, tapi aku tag pada nama-nama kawan. Untuk mention pada dia. Kalau tak silap aku pon, memang function tag pada komen tu untuk mention nama kawan.


wan, ko da submit asgment tu tak??"<----cara lama..


"Khairol Azwan, ko da submit asgment tu tak??" <---guna tag..


Ha.. 6pak?? Beberapa minit sebelum tulis entry ni, ternampak komen-komen berbunyi begini:

"best,best juga tapi bangun kol 6 a.m. almak aiiii. Kita Bako JER~"

"klu arr ade button "dislike"~~~ kat statement ko tuh, ak dah dislike da" dan lain-lain komen. 


Ape relevennya tag page tu kat komen??? Jengkel je rasanya. "sape setuju sila angkat tangan macam saya, hahahaha". kalau pasni korang jumpa page atau komen camni "menyesal aku buat function boleh tag kat bahagian komen" yang telah ditranslatekan mungkin tu message dari Mark Zuckerberg la kot.. ahakzz



...Teruskan Membaca!

Wednesday 4 May 2011

Adakah anda layak bela hamster???

Ci si Hamster

Comelkan hamster. Tengok aksi dia yang melucukan. Kadang-kadang rasa hamster lagi lucu dari jozan. ye tak?? ahakzz. Aku dulu ada banyak jugak la hamster dulu. Tapi sekarang tinggal sekor je, lain-lain dah kasi orang. Korang tentu ada niat nak bela hamster jugakkan???

Okey, jom check layakkah korang nak membela hamster. Adakah korang termasuk dalam mereka-mereka yang aku listkan kat sini. JOM CHECK~!!!!!


1) “Silent mode” person – jika korang jenis yang cakap pon berbisik atau mp3 kat laptop pon pasang paling perlahan takyah gatal-gatal nak bela hamster. Hamster tu memang la senyap je bila korang meluahkan perasaan kat dia tapi bila dia dalam sangkar yang ada gelung tu mau tak leh dok diam korang nanti. Sebelum hamster tu kena campak luar tingkap baik korang hentikan je niat murni nak meriahkan bilik dengan haiwan comel ye???

2) Ulat buku – Korang tu dah la banyak koleksi buku. Sayang buku lebih dari segalanya. Adik conteng muka depan buku tu nangis siap menyumpah-nyumpah. Jadi korang tahyah gatal-gatal nak g usha hamster kat kedai haiwan. Tu hamster tu memang comel, tapi gigi dia tak mengenal newpaper Rm1.50 atau buku tersayang aku. Sekali di terlepas dari sangkar, menangis 30 hari korang nanti. Rentikanlah ye???

3) Melatah – Kawan usik sikit je melatah. Jari kena heater panas siap bersilat. Tu nanti hamster tu gigit jari mau tercampak luar tingkap terus hamster tu. Tak yah la nak teruskan niat tu.

4) Low Budget Person – korang tu makan sehari pon RM5. Budget sangat. Hamster tu dah la mesin buat anak yang terbaik. Di buatnya tiap minggu dia beranak tak lari budget tahunan korang??? Tah-tah hamster tu nanti sampai tak makan sebulan. Sebab korang tu saving sangat. Haaaaa, satu nyawa tergadai. Hmmm, fikir la sendiri.

5) Pemalas bersihkan bilik/kediaman – bilik sendiri pon dah macam tongkang tak siap. Boxer bawah katil, buku dalam basen kain kotor. Logik ke korang nak bela hamster? Hamster punya sangkar tu kena ganti tiap-tiap dua minggu, kalau tak mati tak bernapas korang nanti. Haaa, camne???

6) Gedik – hah!! Ni paling tak payah bela hamster. Gedik!! Hamster pon meluat bertuankan korang. Sikit-sikit geli, sikit-sikit menjerit-jerit tengok hamster lari, sikit-sikit nangis kena gigit hamster. eeeeeeyewww, takyah la weh, aku pon nyampah nak tulis gedik-gedik ni.


...Teruskan Membaca!

Resepi: Sandwich Terbaik Terganas Terbaik Terganas

Chef Ter???

Sape nak try resepi aku ni?? sila jerit "TentU~~!!" sambil lompat.. Sandwich ni aku cipta sebab melepaskan ketidakpuashatian atas kehabisan stok Mayonis Tuna kat mini mart. Puas hati akU~~ Maaf takde gambar sandwich sebab aku da makan abis baru teringat nak dedahkan resepi rahsia sandwich aku ni. Nape aku dedahkan? supaya korang tak payah susah jadi macam planton dalam kartun Spongebob Squarepants. ahakzz..

Bahan-bahan:

1) Roti Gardenia(lebih di percayai dari brand2 lain)
2) Mayonis Lady's Choice
3) Sardin Ayam Brand
4) Sos Kimball

Cara-caranya:

1) Masukkan ikan sadin dalam mangkuk jamban. Kuah dia amik sikit je dalam 2 sudu. (xyah byk2 kuah dia... nanti sedawa bau sardin.. eyekkk..)

2) Masukkan mayonis segar tadi tu.. (kuantiti ikut suka.. akunya mayonis tu sbnrnya dah 4 hari tamat tempoh dari tarikh buat tu.. ahakzz)

3)Masukkan sos Kimball (kuantiti ikut suka, aku abiskan terus je sos aku tu, sbb mmg da nak abis pon.. T-T)

4) Gaulkan semua dalam mangkuk tadi tu. Sampai sebati.

5) Try rasa, tentu dah sedapkan??? ahakzz..

6) Taruk atas roti pastu buang makan la. Letak la salad ke timun ke tomato ke untuk tambah selera ye??


Selera tak tengok??? kalau ye jerit "Tentu~~!!"

ps: tak yah cari kat Myresepi.com, mmg takde resepi aku ni.. ahakzz.. Selamat mencuba.


...Teruskan Membaca!

Tangga Gaji.. Gaji.. Gaji.. Gaji.. Software Engineer

Seronoknya dia

Pagi dengan kicauan burung murai di luar tingkap. BisinG!! Nak bangun masih lagi masalah. Capai laptop disisi dan mulakan aktiviti berGoogle. Hari ni terlintas nak check "bakal" gaji bila aku abis stdy nanti.

Oh! oh! oh! oh! oh! tersenyum tengok angka bagi setiap position bagi bakal2 software engineer dan seangkatan dengannya. oh! oh! oh! tak sabar rasanya. 365 hari lagi!!! lama lagi rupanya. Lupa nak bagitau aku check kat Jobstreet.com.my. tenkiu jobstreet!!!






...Teruskan Membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...