Wednesday 25 May 2011

Tentang Jamban

Tarikh: 15/5/2011
Masa : 8:00PM
Situasi: Beli tiket bas Pahang South Union seat Vip berharga rm29.00(lebih kurang la). Perut rasa tak sedap macam ada "jelly" & "obor2" dalam perut. Bergegas pegi kedai serbaguna yang tuannya adalah Mamak. Capai air mineral color yang color hijau pastu cakap kat mamak tu "Kasi eno yang color biru.. dengan pil chekitiun". Gerak ke platform sambil buat air Eno. Minum dengan harapan "jelly" dan "obor2" beredar dari "taman obor2" tu.

Tarikh: Masih lagi 15hb
Masa : 9:55PM
Situasi: Dah bape jam tunggu bas. Perut da rasa menjengkelkan. Ok cari tandas, tandas kat hujung dunia. Sampai sana perut rasa nyaman. Ok xjadi. Kembali smla ke platform menunggu.

Tarikh: Masih lagi 15hb
Masa : 10:05PM
Situasi: Buang angin dari perut melalui sendawa buatan. Ok agak berhasil. Tiba-tiba.. OK rasa nak Ter~~ datang kembali. Mari serbu tandas. Kali ni dah tau ada tandas yang lebih dekat. Bayar 30sen, dan tinggal beg kat kaunter tu. Kasi buang "obor2" dalam perut. Perut kembali nyaman.

Tarikh: Masih lagi 15hb
Masa : 10:30PM
Situasi: Bas sampai, mari naik bas. lalalalalal, gembira je rasakan? "Oh, sejuknya bas ni.." bila rasa sejuk, perut rasa??? Perut pon kembali di penuhi "obor-obor" yang bermain-main riang. Keadaan masih lagi stabil tak begitu kronik.

Tarikh: 16/5/2011
Masa : 1:30AM
Situasi: Bas berenti rehat kat Yong Peng. Ada tandas Free kan??? cun, dah la Free terbaik dari tandas yang berbayar 30sen kat Larkin tadi tu. Sekarang kita mulakan tugasan membuang "obor-obor" untuk kali kedua. Tak cukup ngan "obor-obor" aku muntahkan dari mulut CHEESE BEGE MCD yang aku makan kat Larkin tadi. Oh. Rm10.50 ku... T-T. Bas pon gerak.

Tarikh: 16/5/2011
Masa : 2:30AM - 4:15AM
Situasi: Ingatkan cerah sampai ke petang rupanya, tidak.. Tak lama lepas bas gerak dari Yong Peng, perut main-main lagi. Dari sini la bermulanya aktiviti paling xtrim. wtf 3 Jam tahan nak Ter~~~. T-T Ada sekali bas berenti kat sebijik stesen minyak, tak pasti kat mane. Aku nak je cakap kat driver tu "Encik, saya nak ter~~ leh tggu kejap tak??" tapi aku tak teruskan niat tu. Aku prefer tahan je. Waa xnak susahkan penumpang lain. T-T. Sepanjang perjalanan ni aku doa "Cepat la sampai Temerloh. dah tak tahan ni.. tolong laju sikit bawak ye". Dalam otak da terbayang-bayang Jamban kat terminal termeloh tu. T-T

Tarikh: 16/5/2011
Masa : 4:15AM
Situasi: Boleh plak sampai kat Bandar Kerayong Polis buat sekatan jalan. Tak cukup ngan sekat, dia naik bas, check mat indonesia. SIOT PUNYA POLIS!! Tak tau ke aku sakit perut. Tu aku dalam hati da cirit-cirit carot-carot je si polis tu. *&^%^^&^%^&%*&(**U&^&%&%^&% semua kuar. Lama sikit bas pon gerak. Aku kembali berharap pasni da takde dugaan lain. T-T

Tarikh: 16/5/2011
Masa : 5:00AM
Situasi: Bas sampai Terminal Temerloh. Ye! Ye! dah sampai!! seronok tak terhingga. Meneruskan perjalanan ke Jamban. "OH NO!! JAMBAN ADA EMAS!" apakah, tandas kunci. Takut hilang EMAS ke ape?? FUck!! Perut da tak nak main tarik tali lagi. Mari teruskan usaha. Tiba-tiba dialog bertuah kuar dari mulut driver teksi. "Haa, pegi tandas dulu. Tandas lelaki tutup? Guna je tandas perempuan. Kita 1Malaysia" tu skrip dia aku ubah-ubah sikit. Sebenarnya dia cakap ngan mamat indonesia tapi aku macam dapat gading bertuah. Aku pon follow je la ape driver tu cakap. Aishhh, ada akak la dalam tandas tu. Ah lantak la tu, skrip kuar dari mulut aku "kak, maafkan saya masuk, maaf ye.." akak tu senyum. Akak tu nak salin sesuatu kot. Hehehe. Aku pon jalankan tanggungjawab aku terhadap perut dan _____. Nyaman sekali rasanya. Tugasan dah setel, tapi aku masih belum keluar dari Jamban tu. Aku dengar bunyi akak tu masih dalam tandas tu. Aku pon lepakkan diri. Bukan tujuan nak skodeng akak tu. Tapi biar akak tu belah dulu. sebab segan nak terserempak lagi. heheh.. Ok tapak kaki akak tu da hempap bumi dan keluar, aku pon kuar dari persembunyian yang dah dimintakizin awal-awal lagi.

Ok cite abis kat sini. Tapi sakit perut tu tak habis kat citu, Esoknye 17/5 baru la lega. T-T



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...