Saturday 30 April 2011

Lirik: Padi - Sahabat Selamanya

Ololololo cumilnya

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa
Selama-lamanyaa
setia..


...Teruskan Membaca!

Senarai Hidup Yang Mustahil

Powerkan?
Lazimnya senarai hidup dibuat sebagai satu matlamat hidup. Sekarang aku menyongsangkan senarai hidup kepada senarai paling mengarut. Mungkin tidak mengarut bagi orang lain tapi mengarut bagi aku. Nak ke baca??

1 - Berenang di Sungai Amazon.. (xlogik!! Kena gigit kucing pon da kecoh, nanti kena gigit pirahna cmne?? dah la tak pandai berenang..)
2 - Letak itik kuning di Eiffel Tower (xde keje ke???..)
3 - Kaji kebudayaan primitif Congo (apekah!! budaya sendiri pon kelaut~~)
4 - Menjejakkan kaki di Ethiopio (kat mane tu??? mcm esklopedia?)
5 - Mendaki gunung Everest (Panjat tangga fakulti pon dan hilang napas!! sedar diri sikit~)
6 - Melanjutkan kerjaya dalam bidang perubatan dan penerokaan (Apakah?? kau tu budak Sains Komputer bai~)
7 - Bawak rumah ke Paradise Falls guna bellon (peniru~!!! tu cite UP!!)
8 - Mengusuri Sungai Jordan Dari Laut Galilee ke Laut Mati (eleh, jalan kaki dari Puduraya ke Masjid Jamek pon da penat.. ada hati~)
9 - Menyelam tanpa baju selam sedalam 40 kaki (tu bukan berenang tu tenggelam!!)
10 - Melancong menerusi Grand Canyon dengan jalan kaki (wahhh, macam movie 127 Hour..)
11 - Membaca Ensaiklopedia Britannica sampai habis (apakah??? baca 10 slide note pon da mengangtuk~~~)
12 - MENYERTAI MALAYSIA IDOL, ONE IN A MILLION, ATAUPUN MENTOR!!!! (hahaha, no komen)
13 - Jadi artis rakaman... :"> (eheheheh...)


...Teruskan Membaca!

Friday 29 April 2011

FAQ: Kenapa Semakin Berisi?

Betulkan aku semakin berisi??? Jika dilihat zaman kanak-kanak aku sangat la kurus dan kecik. Berat badan mula menunjukkan perubahan selepas habis tingkatan 5. Ketika itu aku kerja sebagai penjual ayam goreng iaitu kerja bersama abang ipar aku. Aku masih ingat semasa datang ke SMKJ21 untuk ambil keputusan SPM. Kawan perempuan yang bernama S tegur "eh, lainnya sekarang". Siapa S? biarkan jadi misteri.

Ketika Diploma
Tapi ketika itu aku aku tidak la setembam hari ini. Ketembaman hari ini rasanya hadir sejak 2 sem lepas. Kenapa? Mengapa? Siapa? Apa? Jom kita tengok FAQ kenapa berat badan bertambah.

Semester Ini
FAQ kenapa berat badan bertambah:-

Kenapa berat badan naik??
Jawapan: Makan lewat malam, makan MCD banyak!, hidup senang, makan tiap masa, banyak makan, nafsu makan kuat, tak dapat lawan nafsu makan.

Kenapa makan lewat malam?
Jawapan: Sebab lapar, siang tadi tak makan, lupa nak pergi makan, makan awal-awal nanti lapar cepat pulak, siang tadi ramai orang kat kafe.

Dah tau fastfood penyumbang kepada obersiti kenapa makan MCD?
Jawapan: Rezeki jangan ditolak, kawan ajak, saya big fan MCD, Big Mac tu sedap sangat, penah rasa chicken Mcdelude?

Siapa idola sampai berat badan naik?
Jawapan: Idola??, Aflin Shauki, Bob Kuman, Zaki @ Ci, nafsu saya, abah saya jugak.

Apa akan buat untuk kurangkan berat badan semula?
Jawapan: Takde buat pape just makan je la, senaman tu aktiviti tak sihat nanti sakit2 badan cmne?, saya tak kurang makan mcd da tapi klu ada kesempatan saya pegi makan tengah-tengah malam, saya makan sandwich yang ada mayonis.

Adakah anda rasa tembam tu bagus?
Jawapan: Tentu!!, kucing suka duduk atas perut saya maknanya bagus la tu kan?, takpe comel :">.

Sekian sahaja FAQ bagi KENAPA AKU BERISI.



...Teruskan Membaca!

Tutorial: Tag Location Anda Di Google Maps Dan Paparkan Di Blog Anda

Lokasi dimana Bilik Admin Xpressi Mental
Apa itu Google Maps?? Rasaya tidak perlu aku jelaskan. Bagaimana cara nak tag location contoh lokasi sekolah, rumah awek, rumah bakal mak mertua dll. Ianya mudah, yang paling penting kena ada account google. Kalau takde, register la, free je pon.

Pertama kali aku guna Google Maps dalam web masa aku buat projek PEMBANGUNAN APLIKASI. Dari situ aku google la "Google Maps+how to tag location and put in web". Dah banyak kot under aku punya maps location yang aku tag antaranya bilik admin Xpressi Mental dengan rumah abah aku. Lets straight to the point...

Cara-cara nak tag location pada Google Maps:-

step 1 - click Google Maps Malaysia

step 2 - cari la lokasi yang korang nak tag. Contoh: Teluk Panglima Garang, Selangor.

step 3 - Dah jumpa lokasi yang di cari?? Ok sekarang right click pada lokasi tu and click pada What's here.

Right Click?


step 4 - ada objek Pointer warna hijau akan tercocok kat lokasi tu.

Pointer hijau

step 5 - click pada Pointer hijau pastu click save to map. Kalau belum login google account sila login terlebih dahulu. Jika da login, pilih Create new map.. dalam combobox Which map do you want to save to?. Akhir sekali Save.

Step: 1) click save to map 2) create new map.. 3) Save

step 6 - Lepas click Save, click Edit pada My Maps(tengok gambar bawah). Edit Map punya detail & title. Lepas tu click pada link bawah textbox description tu (rujuk gambar).

Click edit pada side bar My Maps

Step: Edit textbox tu pastu klik pada link bawah tu


step 7 - edit bahagian title dan description. Kemudian click Ok.



step 8 - click done pada side bar My Maps. Siap!!


Sekarang location korang da save. Untuk masukkan location korang dalam blog atau web click pada Link pastu click Customize.... Ubah saiz maps yang bakal diletakkan dalam web/blog tu ikut pilihan korang. Last sekali Copy code HTML tu.



ps: untuk blogspot add gadjet HTML/Javascript & paste code HTML tu dalam gadjet ni. Ataupun buat satu page baru CONTACT ME contohnya kemudian pastekan saja code html tu dalam tu.. Ni Web contoh....Selamat tag2 rumah awek ye..


...Teruskan Membaca!

Tutorial: Letak Komen Facebook Di Blog

Facebook Comment Di Blog Anda


Semalam lepas balik dari exam REAL TIME punya subjek aku merajinkan diri bukak blog, then terjumpa turorial nak masukkan KOMEN FACEBOOK DALAM BLOG. Bagi aku setiap orang ada account Facebook tapi tak semua ada akaun google. Jadi rasanya lebih simple kalau letakkan komen facebook dekat setiap entry dari letakkan comment blog yang biasa tu. Simple, only facebook then boleh comment setiap entry dalam blog yang dilawati tu. Nak masukkan komen facebook dalam blog takde la susah mana, pejam celek je da siap. Kurang dari 20 kelipan mata da siap, senangkan???

Step untuk masukkan komen facebook dalam blog korang:

1) Pergi ke url ni http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/comments/

Ni interface untuk bina komen untuk blog anda


2)  Masukkan url entry anda,.. Di ingatkan URL ENTRY. Contoh: http://xpressimental.blogspot.com/2011/04/editor-tanpa-apa2-pengharapan.html

Masukkan URL ENRTY dalam bahagian merah


3) Untuk number of post boleh la set berapa korang suka, macam tu juga dengan Width dan Color Scheme.


4) Click Get Code dan copy code tersebut.

Get Code: Copy code ni


5) Paste code plugin tu ke dalam entry. Post > Edit Posts > Pilih la mana-mana entry. Klik pada EDIT HTML dan paste code tadi kat HUJUNG ENTRY.

Step: 1) click edit HTML 2) paste code kat hujung entry


6) Sekarang publish, dan setel. Di ingatkan SETIAP ENTRY kena buat step2 ni, sebab setiap entry URL BERBEZA. Maknanya kalau korang ada 10 entry nak letak komen facebook ni, 10 kali la korang kena GET CODE dengan 10 url yang berbeza.


Selamat menggayakan blog anda. :)



...Teruskan Membaca!

Jiwa FotografiKU

Fotografi kalau dirujuk dalam Kamus Dewan ianya bermaksud seni, proses atau pekerjaan mengambil atau menghasilkan fotograf. Perkataan “photography” berasal dari French photographie yang bermaksud “light” + “stylus”, “paintbrush” atau “melukis dengan cahaya."

Canon PowerShot A430

Aku mula minat main camera sejak aku ada camera canon PowerShot A430 warna merah yang aku beli dari akak ipar aku. Gambar kamera ni aku rasa better dari kamera kawan-kawan aku pakai. Aku mula minat dengan DSLR sejak 2, 3 semestar lepas. Namun sampai sekarang belum dapat beli, cuma sekarang aku berbekalkan Canon PowerShot SX20is semi-DSLR la kiranya. 2, 3 hari lepas aku ada komen di Wall Post seorang Lecturer kat UTM ni yang berbunyi "ala segan la nak photoshoot dengan Dr. kamera tak power" selang beberapa minit lepas tu lecturer berkenaan reply "kamera tak kesah, skill kau tu yang penting". Tersenyum sendiri jadinya.

1100D: Terkesima tengok model ni, smart sangat.

Sejak 2 minggu lepas aku kembali simpan cita2 nak beli DSLR. Mudah.my hari-hari aku bukak, saja2 usha DSLR secondhand. Last sekali ada seorang kawan bagi link Canon IOS 1100D, walaupun DSLR ni kategori entry-level aku tak kesah, Yang Penting SkilL! Aku da setkan aku hanya akan beli DSLR bila tamat pengajian kelak, lagi setahun dah tak lama. At that time, semahal mana DSLR pon boleh beli.
Seronok bila snap gambar, then buat proses editting dengan photoshop. Itu yang aku praktik kan. Try la, asalkan ada kretiviti tiada masalah untuk dapatkan gambar terbaik. Believe your self. Sebagai penutup, aku sajikan dengan koleksi gambar yang tak seberapa.

My Name is Boboi From Singapura

Baru balik dari Langkawi

Industri elektrik?

Once upon time: Sunway Piramid

"Adik-Beradik" tersayang??

Macam tepi pantai, sebenarnye pokok pinang belakang rumah

Mereka riang



ps: takde la cantik mana gambar aku amik, jom try photoshoot. :D


...Teruskan Membaca!

Thursday 28 April 2011

3P Registration Is Today!!

Banner Web 3P
3P bukan Penyanyi Paling Popular tapi 3P stands for “Program Pentauliahan Professional” or Industry-Based Certification Programme. This programme is jointly-developed by Ministry of Higher Education (MoHE)  and Prestariang Systems Sdn. Bhd. (PSSB). Dulu masa mentah2 tu penah la dengar mengenai 3P ni, ada jugak penah nampak beg 3P kawan pakai. Dalam hati pon tertanya2, nape aku takde 3P pon dulu? Nak beg tu jugak. Kaji punya kaji rupanya 3P ni under IPTA je (eee rasist betul), diploma aku dulu tu IPTS maklum la kaya, apa barang masuk IPTA (menyembunyikan hakikat sebenar).

Beg 3P
3P ni daftar online dia bulan lepas. Tapi tu pendaftaran subjek/cos. Aku dapat course certificate dari IBM iaitu Software Testing. Walhal dalam kelas software testing aku tak paham pon apa lecturer aku tu ajar malah selalu kot aku skip kelas tu. Aku amik software testing ni sebagai persediaan untuk masuk ke dunia Pratikal aku kat Teknologi Park Bukit Jalil. Orang cakap sediakan payung sebelum hujan tapi macam tak releven cuba bayangkan aku naik motor pakai payung tak ke terbang payung tu nanti. Baik sediakan baju hujan dari payung. Oh jauh sungguh melalut ni sikit je lagi da nak lemas.

3 Minggu lepas 3P da anta email untuk remind pendaftaran kursus di Fakulti aku.Hari ni dengan esok klu tak hadir BLACKLIST terus. Jadinya nanti before masuk dewan exam pegi daftar la dulu. Dalam email tu da kasi tau Pendaftaran Hanya 10 Minit~



...Teruskan Membaca!

Aku Perlukan Calculator!!

Calculator Saintifik macam aku punya

Calculator hilang!!! Oh no, esok subjek Real Time kena buat kira2 sikit.. Nak conggak guna tangan tak tercapai akal ku pulak rasanya. Sebenarnya da lama calculator ni aku tak guna, kira terabai la lebih kurang. Klu part peribahasa boleh la guna Habis Madu Sepah Dibuang, ha sama la dalam kes aku ni. Last sekali aku guna calculator ni masa dua sem lepas kot (tengok aku pon da lupa) masa amik subjek Statistik yang aku dapat ??? sebab banyak ponteng kelas dan hampir2 kena Barr? dari masuk exam. Ala time tu aku mood nak study ke laut dalam cari rumah spongebob.

Sebahagian dari formula esok.
Berbalik kepada subjek esok, ada la calculation yang kena buat sikit. Dalam soalan 4 dengan part B (eh tau bentuk soalan? soalan bocor ke ape?? ahakzz). Calculation tu rasanya klu nak soh aku conggak2 guna kaki, tangan, halusinasi minda memang tersasar jauh la jawapan dia. Bak komen Saiful Apek "terbaik terganas terbaik terganas!!" ha, lebih kurang camtu la kan. Jadinya esok aku kena meramahkan mulut untuk cakap "boleh pinjam calculator saintifik ko tak??" kepada individu yang telah dikenalpasti.

Penutup, suspek yang mencuri tidak dapat dikenalpasti. Mungkin aku lost kat mane2 atau tertinggal kat rumah abah aku.Akhir kata, "GUD LUCK" untuk diri ini. Gambar bawah ni agaknya releven ke untuk wish gud luck kat aku???

Gud luck!



...Teruskan Membaca!

Tuesday 26 April 2011

Editor Tanpa Apa2 Pengharapan

aku nak bercerita pasal "Editor Tanpa Apa2 Pengharapan" iaitu seorang hamba Allah yang menjadi pengkritik tetap entry2 blog aku ni. Waahhh, siap ada pengkritik tetap kelas gitu. Tapi ni pengkritik mcm OG dalam AF (aku xtgk tp sang Editor ni cerita kat aku) bukan macam Ramli MS dalam Mentor tu yang soh si Aish g tgk youtube pastu dolod bidio pastu dgr pastu komen sendiri. Klu xnak komen sendiri add YM Editor aku ni.. ehe..

Eh, lupa lak nak intro. Editor aku ni aku lantik masa mula2 buat blog ni. Burak2 kat YM pastu terus je ngn selambah melamarnya ( :"> mcm will u marry me plak ye dok? ) untuk menjadi editor. Oh ya, dia ini bukan seorang jelitawan ya.. harap maklum walaupun dia rambut panjang. :)



Antara komen2 Editor aku ni:-

"ko time skolah dulu cikgu ko ajar ko cara sambung ayat tunggal ko tak masuk kelas ya"

"ko pnye gaya cerita mcm hipokrit.. mcm cikgu nak citer kat budak2 dlm kelas"

"aku ingat lepas ni ko tak payah pakai ",", "." mahupun yg lbih kurang"

" aku boleh bikin story board pun klau ko bagi citer kasar psl kucing ko tu kat aku awal.. tp ko tu mcm tak endahkan aku sbg editor ko.. aku mcm editor tanpa apa2 pengharapan je jadinya"

ha tu, ni komen untuk post pasal KUCING JUGA KENTUT. Korang agak2 nak guna khidmat dia boleh2 la PM aku, nanti aku aturkan pertemuan tu..

ps: Editor, entry kali ni khas untuk kamu.. ikhlas dari hati.. Tentu rasa terharu ngan menangis la tu.. macam bawah ni..

sekadar hiasan tiada kena mengena dengan editor sebenar




...Teruskan Membaca!

Kucing Juga Kentut

Tahukah anda kucing juga kentut?? Haaa, aku pon baru tau selepas berlakunya insiden "kentut" tersebut lalu aku pon merajinkan jdiri untuk bertanya kepada seorang pakcik. Siapa pakcik tu nanti aku cite. Sekarang biar aku cite pasal kucing yang kentut.
Si Pengkentut

Ok skrg aku nak cerita pasal kucing aku ni kentut ya. Kisah dia bermula macam ni, aku tinggalkan kucing aku ni satu hari kat bilik aku balik mah abang aku. Esoknya aku balik la bilik aku. Aku pon membaringkan diri atas tilam yang letak atas lantai tu pastu amik kucing ni letak atas dada sambil belai2 dia. Tengah2 belai tu, kucing ni buat aksi macam MENERAN.. aku tak suspek ape2, tapi.......... tiba2 je bau busuk.. T-T untuk menguatkan lagi andaian aku bahawa kucing aku yang terpaling terpaling2x comel ni aku pon tanya pada seorang pakcik, pakcik tu ialah uncle Google. heheh..

Aku pon taip la kat search bar tu "Kucing Juga Kentut??" dan terbuktilah, memang benar kucing juga kentut dan kucing aku yang terpaling terpaling terpaling comel tu da kentutkan aku.. T-T Dasar kucing comel yang kurang ajar.

Ada kat satu blog tu (malas nak mention) ada bagitau sebab2 kucing ni kentut. Kat situ dia bagitau kucing ni kentut mungkin sebab proses penghadaman yang tak sempurna. Hmmm, ada jugak dia cakap bagi nasi juga punca penghadaman tak sempurna dan makan terlalu laju pon punca penghadaman tak sempurna. Fikir punya fikir, hari jumaat tu ada la aku kasi si Pengkentut ni makan nasi sikit bersama ayam tambah pulak masa aku balik bilik tu dia memang lapar kot aku masukkan makanan dia makan laju2. hehehe..

Eh, orang kata kalau kucing suka kat kita maksudnya kita orang yang penyayang.. ehemmm... :">



...Teruskan Membaca!

Sunday 17 April 2011

Bermalasan

kawe mau ghoyak about PSM kawe. Loh ni kawe ah penat pikir2 bahasa kelantan. Ni ha ni, aku sekarang ni patut2nya kena bizikan diri tok buat pembetulan report psm aku. Tapinye..... hmmm, "kalau malas tu... adoiiiiiii".... Tu nape ade quote2 lak tu??? Haaaa, tu namanya menganjingkan status YM orang. Maaf yang puan empunya status, saya tak bermaksud pape... :D

Sekadar gambo hiasang, kawe tarok sni.
Bebalik pada PSM, kawe ni kena tamboh kawe punya part literature review. Bahan-bahan kawe da cari, memang kalau baca bahan dari IEEEEXPLORE tu konferm2 setel dah PSM aku(leceh la ckp kawe2). Nak kata bizi byk je pon masa abis berburak kat YM tu dgn iyaz85 ngan sit_april7. Kawe malas la nak cite panjang2 pasal PSM ni. Tu tengok tajuk pon dah BERMALASANkan? Jadi??!!!! takpayah la aku cite panjang2!!! haaa kan da marah ni!! adoiii, dah la tu ALAMAkkkkkkkk, dah lambat!!.. kalau malas tu... adoi.. ahakz.. :))



...Teruskan Membaca!

Saturday 16 April 2011

Eleh

"eleh, dia tu.. macam la bagus.."
"eleh,... macam la aku tak boleh buat sendiri.."
"eleh.. tu pon nak tension-tension.."

"eleh", ungkapan yang menunjukkan kedengkian yang teramat kepada sesuatu atau seseorang. eleh, macam la korang tak tau ek ape itu eleh. Beriya aku nak bagitau ape itu "eleh". Nyampahkan bila orang bagitau sesuatu yang kita da sedia tau. saja nak soh orang cakap "eleh" la tu.


dah la tu, malas nak terus ber-eleh-an. korang nak eleh kan post & blog picisan ni pon aku tak kesah. eleh, macam la blog korg tu bagus sangat. belah la woi..

weh, tu tadi "eleh" lagi satu cara pengejekan apa?? eleh.. tu pon nak buat-buat tanya. "jelir lidah" la.. ah malas nak teruskan sbb dah tau korg da eleh2kan post ni.. :|

Bapa pengejekan. :)



...Teruskan Membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...