Sunday 8 May 2011

Facebook dan page menjengkelkan

Sekmen bercerita hari ni. Hari ni nak tulis pasal Facebook dan page-page yang semakin menjengkelkan. Sebelum tu antara page & group yang aku pernah like:

  • My Resipi
  • I bet that UTM can get 10,000 fans before any other universities
  • 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower
  • Saya Benci MLM, Saya Suka Makan
  • Aku benci orang yang suka tag aku dengan gambar duit! Tak perlu! Aku bukannya mata duitan!
  • McDonald's Malaysia
  • Malinja Doner Kebab
  • Malaysiakini (BM Version)
  • Sistem Daftar Pengundi Baru Secara Online

Page-page dan aktiviti meng-tag page ni mula dengan skrip dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Memang aku tak nafikan skrip filem tu kelaka. Takde pulak aku rasa nak aplikasikan skrip tu dalam aktiviti harian lak. Tak kesah la samaada dalam Facebook atau YM. Lepas habis skrip-skrip HKLBR, sekarang keluar pulak page-page skrip/lawak dari Maharaja Lawak.


Adessss, aku selalu jugak kat komen tu meng-tag, tapi aku tag pada nama-nama kawan. Untuk mention pada dia. Kalau tak silap aku pon, memang function tag pada komen tu untuk mention nama kawan.


wan, ko da submit asgment tu tak??"<----cara lama..


"Khairol Azwan, ko da submit asgment tu tak??" <---guna tag..


Ha.. 6pak?? Beberapa minit sebelum tulis entry ni, ternampak komen-komen berbunyi begini:

"best,best juga tapi bangun kol 6 a.m. almak aiiii. Kita Bako JER~"

"klu arr ade button "dislike"~~~ kat statement ko tuh, ak dah dislike da" dan lain-lain komen. 


Ape relevennya tag page tu kat komen??? Jengkel je rasanya. "sape setuju sila angkat tangan macam saya, hahahaha". kalau pasni korang jumpa page atau komen camni "menyesal aku buat function boleh tag kat bahagian komen" yang telah ditranslatekan mungkin tu message dari Mark Zuckerberg la kot.. ahakzz



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...