Sunday 1 May 2011

Maharaja Lawak: Review singkat Jozan, Nabil dan Sepah

Maharaja Lawak sudah masuk minggu ke 5. Jihan terpaksa meninggalkan gelanggang pada kali ini. Secara keseluruhan minggu ke-5 ini sedikit hambar. Okeh, lupakan sebentar mengenai pertandingan tersebut. Entry ini bukanlah untuk menentukan juara tapi untuk membuat perbandingan antara ketiga-tiga peserta ini.


1. Jozan

jozan

Walaupun mereka berdua ini merupakan calon favorate tapi pada aku apa yang mereka persembahkan tidaklah begitu kelaka, namun ianya sekadar menghiburkan. Kelaka dan menghiburkan dua perkara berbeza. Rasanya semua orang yang pernah menonton Spontan atau Oh yeah!. Dalam Spontan dan Oh Yeah! Zizan dan Johan jauh lebih lawak dari apa yang dipersembahkan untuk Maharaja Lawak. Mereka berdua juga lebih kelaka ketika mengacarakan ABP2010 dan Raja Lawak. Tidak tahu dimana silapnya aku menonton tidak begitu ketawa ketika pertama kali melihat, kedua, ketiga ke empat lagi la kan? Mungkin di mata aku, kerana mengharapkan sesuatu yang berbeza dari mereka berdua. Bagaimana dengan pendapat anda semua??


2. Nabil

nabil

Merupakan peserta yang paling kreatif bagi aku. Hanya guna lalat beliau boleh berkomedi. Kreatif bukan??? Mungkin ada yang mengatakan gaya persembahan Nabil tidak lari jauh dari apa yang ditonjolkan ketika menjadi pesertaRaja Lawak. Namun pada aku, tidak kesah kerana lawak yang disampaikannya menjadi. Pertama kali tengok aku da ketawa besar, siap **&^^%^%$%$. Haa, berbeza dengan persembahan Jozan. Nabil dilihat pandai bermain dengan imaginasi. Berinteraksi dengan halimunan yang diciptanya dengan baik dan penonton memahami setiap perlakuan yang dilakukannya. Mungkin berbahasa negori juga merupakan aset komedi pada Nabil. Nabil lebih selambar berbanding Jozan rasanya.


3. Sepah



Tiga jejaka yang berkomedi agak kasar namun komedinya tetap diterima. Skrip selamber Jep mungkin penyelamat bagi Sepah. Jep dilihat sebagai aset berharga dalam kumpulan ini. Dari segi idea mungkin komedi mereka agak simple tapi skrip dan gaya percakapan yang menjadikan komedi mereka menjadi. Jep pandai bermain dengan intonasi suara. Skrip secara spontan juga kadang-kadang sangat menggelikan hati seperti "loceng pon da berbunyi.. boleh la pergi sembahyang". Berdekah dibuatnya.


Secara peribadi, Nabil selayaknya di angkat sebagai Maharaja Lawak. Balas juga kelaka tapi mereka masih tidak cukup pengalaman untuk menjadikan mereka selesa ketika mempersembahankan komedi mereka. Mengenai Jambu dan Man, aku taknak kata apa sebab aku tidak menggemari gaya mereka. :)

Sekian


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...