Friday 29 April 2011

FAQ: Kenapa Semakin Berisi?

Betulkan aku semakin berisi??? Jika dilihat zaman kanak-kanak aku sangat la kurus dan kecik. Berat badan mula menunjukkan perubahan selepas habis tingkatan 5. Ketika itu aku kerja sebagai penjual ayam goreng iaitu kerja bersama abang ipar aku. Aku masih ingat semasa datang ke SMKJ21 untuk ambil keputusan SPM. Kawan perempuan yang bernama S tegur "eh, lainnya sekarang". Siapa S? biarkan jadi misteri.

Ketika Diploma
Tapi ketika itu aku aku tidak la setembam hari ini. Ketembaman hari ini rasanya hadir sejak 2 sem lepas. Kenapa? Mengapa? Siapa? Apa? Jom kita tengok FAQ kenapa berat badan bertambah.

Semester Ini
FAQ kenapa berat badan bertambah:-

Kenapa berat badan naik??
Jawapan: Makan lewat malam, makan MCD banyak!, hidup senang, makan tiap masa, banyak makan, nafsu makan kuat, tak dapat lawan nafsu makan.

Kenapa makan lewat malam?
Jawapan: Sebab lapar, siang tadi tak makan, lupa nak pergi makan, makan awal-awal nanti lapar cepat pulak, siang tadi ramai orang kat kafe.

Dah tau fastfood penyumbang kepada obersiti kenapa makan MCD?
Jawapan: Rezeki jangan ditolak, kawan ajak, saya big fan MCD, Big Mac tu sedap sangat, penah rasa chicken Mcdelude?

Siapa idola sampai berat badan naik?
Jawapan: Idola??, Aflin Shauki, Bob Kuman, Zaki @ Ci, nafsu saya, abah saya jugak.

Apa akan buat untuk kurangkan berat badan semula?
Jawapan: Takde buat pape just makan je la, senaman tu aktiviti tak sihat nanti sakit2 badan cmne?, saya tak kurang makan mcd da tapi klu ada kesempatan saya pegi makan tengah-tengah malam, saya makan sandwich yang ada mayonis.

Adakah anda rasa tembam tu bagus?
Jawapan: Tentu!!, kucing suka duduk atas perut saya maknanya bagus la tu kan?, takpe comel :">.

Sekian sahaja FAQ bagi KENAPA AKU BERISI.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...