Tuesday 26 April 2011

Editor Tanpa Apa2 Pengharapan

aku nak bercerita pasal "Editor Tanpa Apa2 Pengharapan" iaitu seorang hamba Allah yang menjadi pengkritik tetap entry2 blog aku ni. Waahhh, siap ada pengkritik tetap kelas gitu. Tapi ni pengkritik mcm OG dalam AF (aku xtgk tp sang Editor ni cerita kat aku) bukan macam Ramli MS dalam Mentor tu yang soh si Aish g tgk youtube pastu dolod bidio pastu dgr pastu komen sendiri. Klu xnak komen sendiri add YM Editor aku ni.. ehe..

Eh, lupa lak nak intro. Editor aku ni aku lantik masa mula2 buat blog ni. Burak2 kat YM pastu terus je ngn selambah melamarnya ( :"> mcm will u marry me plak ye dok? ) untuk menjadi editor. Oh ya, dia ini bukan seorang jelitawan ya.. harap maklum walaupun dia rambut panjang. :)



Antara komen2 Editor aku ni:-

"ko time skolah dulu cikgu ko ajar ko cara sambung ayat tunggal ko tak masuk kelas ya"

"ko pnye gaya cerita mcm hipokrit.. mcm cikgu nak citer kat budak2 dlm kelas"

"aku ingat lepas ni ko tak payah pakai ",", "." mahupun yg lbih kurang"

" aku boleh bikin story board pun klau ko bagi citer kasar psl kucing ko tu kat aku awal.. tp ko tu mcm tak endahkan aku sbg editor ko.. aku mcm editor tanpa apa2 pengharapan je jadinya"

ha tu, ni komen untuk post pasal KUCING JUGA KENTUT. Korang agak2 nak guna khidmat dia boleh2 la PM aku, nanti aku aturkan pertemuan tu..

ps: Editor, entry kali ni khas untuk kamu.. ikhlas dari hati.. Tentu rasa terharu ngan menangis la tu.. macam bawah ni..

sekadar hiasan tiada kena mengena dengan editor sebenar




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...