Saturday, 30 April 2011

Lirik: Padi - Sahabat Selamanya

Ololololo cumilnya

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa
Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanyaa
Selama-lamanyaa
setia..


...Teruskan Membaca!

Senarai Hidup Yang Mustahil

Powerkan?
Lazimnya senarai hidup dibuat sebagai satu matlamat hidup. Sekarang aku menyongsangkan senarai hidup kepada senarai paling mengarut. Mungkin tidak mengarut bagi orang lain tapi mengarut bagi aku. Nak ke baca??

1 - Berenang di Sungai Amazon.. (xlogik!! Kena gigit kucing pon da kecoh, nanti kena gigit pirahna cmne?? dah la tak pandai berenang..)
2 - Letak itik kuning di Eiffel Tower (xde keje ke???..)
3 - Kaji kebudayaan primitif Congo (apekah!! budaya sendiri pon kelaut~~)
4 - Menjejakkan kaki di Ethiopio (kat mane tu??? mcm esklopedia?)
5 - Mendaki gunung Everest (Panjat tangga fakulti pon dan hilang napas!! sedar diri sikit~)
6 - Melanjutkan kerjaya dalam bidang perubatan dan penerokaan (Apakah?? kau tu budak Sains Komputer bai~)
7 - Bawak rumah ke Paradise Falls guna bellon (peniru~!!! tu cite UP!!)
8 - Mengusuri Sungai Jordan Dari Laut Galilee ke Laut Mati (eleh, jalan kaki dari Puduraya ke Masjid Jamek pon da penat.. ada hati~)
9 - Menyelam tanpa baju selam sedalam 40 kaki (tu bukan berenang tu tenggelam!!)
10 - Melancong menerusi Grand Canyon dengan jalan kaki (wahhh, macam movie 127 Hour..)
11 - Membaca Ensaiklopedia Britannica sampai habis (apakah??? baca 10 slide note pon da mengangtuk~~~)
12 - MENYERTAI MALAYSIA IDOL, ONE IN A MILLION, ATAUPUN MENTOR!!!! (hahaha, no komen)
13 - Jadi artis rakaman... :"> (eheheheh...)


...Teruskan Membaca!

Friday, 29 April 2011

FAQ: Kenapa Semakin Berisi?

Betulkan aku semakin berisi??? Jika dilihat zaman kanak-kanak aku sangat la kurus dan kecik. Berat badan mula menunjukkan perubahan selepas habis tingkatan 5. Ketika itu aku kerja sebagai penjual ayam goreng iaitu kerja bersama abang ipar aku. Aku masih ingat semasa datang ke SMKJ21 untuk ambil keputusan SPM. Kawan perempuan yang bernama S tegur "eh, lainnya sekarang". Siapa S? biarkan jadi misteri.

Ketika Diploma
Tapi ketika itu aku aku tidak la setembam hari ini. Ketembaman hari ini rasanya hadir sejak 2 sem lepas. Kenapa? Mengapa? Siapa? Apa? Jom kita tengok FAQ kenapa berat badan bertambah.

Semester Ini
FAQ kenapa berat badan bertambah:-

Kenapa berat badan naik??
Jawapan: Makan lewat malam, makan MCD banyak!, hidup senang, makan tiap masa, banyak makan, nafsu makan kuat, tak dapat lawan nafsu makan.

Kenapa makan lewat malam?
Jawapan: Sebab lapar, siang tadi tak makan, lupa nak pergi makan, makan awal-awal nanti lapar cepat pulak, siang tadi ramai orang kat kafe.

Dah tau fastfood penyumbang kepada obersiti kenapa makan MCD?
Jawapan: Rezeki jangan ditolak, kawan ajak, saya big fan MCD, Big Mac tu sedap sangat, penah rasa chicken Mcdelude?

Siapa idola sampai berat badan naik?
Jawapan: Idola??, Aflin Shauki, Bob Kuman, Zaki @ Ci, nafsu saya, abah saya jugak.

Apa akan buat untuk kurangkan berat badan semula?
Jawapan: Takde buat pape just makan je la, senaman tu aktiviti tak sihat nanti sakit2 badan cmne?, saya tak kurang makan mcd da tapi klu ada kesempatan saya pegi makan tengah-tengah malam, saya makan sandwich yang ada mayonis.

Adakah anda rasa tembam tu bagus?
Jawapan: Tentu!!, kucing suka duduk atas perut saya maknanya bagus la tu kan?, takpe comel :">.

Sekian sahaja FAQ bagi KENAPA AKU BERISI.



...Teruskan Membaca!

Tutorial: Tag Location Anda Di Google Maps Dan Paparkan Di Blog Anda

Lokasi dimana Bilik Admin Xpressi Mental
Apa itu Google Maps?? Rasaya tidak perlu aku jelaskan. Bagaimana cara nak tag location contoh lokasi sekolah, rumah awek, rumah bakal mak mertua dll. Ianya mudah, yang paling penting kena ada account google. Kalau takde, register la, free je pon.

Pertama kali aku guna Google Maps dalam web masa aku buat projek PEMBANGUNAN APLIKASI. Dari situ aku google la "Google Maps+how to tag location and put in web". Dah banyak kot under aku punya maps location yang aku tag antaranya bilik admin Xpressi Mental dengan rumah abah aku. Lets straight to the point...

Cara-cara nak tag location pada Google Maps:-

step 1 - click Google Maps Malaysia

step 2 - cari la lokasi yang korang nak tag. Contoh: Teluk Panglima Garang, Selangor.

step 3 - Dah jumpa lokasi yang di cari?? Ok sekarang right click pada lokasi tu and click pada What's here.

Right Click?


step 4 - ada objek Pointer warna hijau akan tercocok kat lokasi tu.

Pointer hijau

step 5 - click pada Pointer hijau pastu click save to map. Kalau belum login google account sila login terlebih dahulu. Jika da login, pilih Create new map.. dalam combobox Which map do you want to save to?. Akhir sekali Save.

Step: 1) click save to map 2) create new map.. 3) Save

step 6 - Lepas click Save, click Edit pada My Maps(tengok gambar bawah). Edit Map punya detail & title. Lepas tu click pada link bawah textbox description tu (rujuk gambar).

Click edit pada side bar My Maps

Step: Edit textbox tu pastu klik pada link bawah tu


step 7 - edit bahagian title dan description. Kemudian click Ok.



step 8 - click done pada side bar My Maps. Siap!!


Sekarang location korang da save. Untuk masukkan location korang dalam blog atau web click pada Link pastu click Customize.... Ubah saiz maps yang bakal diletakkan dalam web/blog tu ikut pilihan korang. Last sekali Copy code HTML tu.



ps: untuk blogspot add gadjet HTML/Javascript & paste code HTML tu dalam gadjet ni. Ataupun buat satu page baru CONTACT ME contohnya kemudian pastekan saja code html tu dalam tu.. Ni Web contoh....Selamat tag2 rumah awek ye..


...Teruskan Membaca!

Tutorial: Letak Komen Facebook Di Blog

Facebook Comment Di Blog Anda


Semalam lepas balik dari exam REAL TIME punya subjek aku merajinkan diri bukak blog, then terjumpa turorial nak masukkan KOMEN FACEBOOK DALAM BLOG. Bagi aku setiap orang ada account Facebook tapi tak semua ada akaun google. Jadi rasanya lebih simple kalau letakkan komen facebook dekat setiap entry dari letakkan comment blog yang biasa tu. Simple, only facebook then boleh comment setiap entry dalam blog yang dilawati tu. Nak masukkan komen facebook dalam blog takde la susah mana, pejam celek je da siap. Kurang dari 20 kelipan mata da siap, senangkan???

Step untuk masukkan komen facebook dalam blog korang:

1) Pergi ke url ni http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/comments/

Ni interface untuk bina komen untuk blog anda


2)  Masukkan url entry anda,.. Di ingatkan URL ENTRY. Contoh: http://xpressimental.blogspot.com/2011/04/editor-tanpa-apa2-pengharapan.html

Masukkan URL ENRTY dalam bahagian merah


3) Untuk number of post boleh la set berapa korang suka, macam tu juga dengan Width dan Color Scheme.


4) Click Get Code dan copy code tersebut.

Get Code: Copy code ni


5) Paste code plugin tu ke dalam entry. Post > Edit Posts > Pilih la mana-mana entry. Klik pada EDIT HTML dan paste code tadi kat HUJUNG ENTRY.

Step: 1) click edit HTML 2) paste code kat hujung entry


6) Sekarang publish, dan setel. Di ingatkan SETIAP ENTRY kena buat step2 ni, sebab setiap entry URL BERBEZA. Maknanya kalau korang ada 10 entry nak letak komen facebook ni, 10 kali la korang kena GET CODE dengan 10 url yang berbeza.


Selamat menggayakan blog anda. :)



...Teruskan Membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...